Tuesday 20 August 2013

TEATER ARAHAN PENGARAH TERSOHOR

MAZLAN TAHIR



Pengarah Teater Raden Galo, Mazlan Tahir bukanlah satu nama asing dalam bidang teater di negara ini. Berusia  47  tahun, Mazlan Tahir  telah terlibat dalam bidang seni khususnya teater hampir 30 tahun. Beliau mula melibatkan diri dalam bidang teater dengan bekerja sebagai tenaga produksi kemudiann sebagai pelakon. Antara teater yang pernah beliau bintangi termasuklah teater “Lantai T. Pinke” arahan Rosminah Tahir pada tahun 1997, teater Muzikal “Mahathir” dan teater Muzikal “Uda dan Dara” pada tahun 2010. Beliau sendiri pernah mengarahkan sebuah teater berjudul Muzikal “Selendang Jiwa” pada tahun 2004 dan 2010 dan Bangsawan “Alang Buana” pada 2011.

Selain teater, beliau juga terlibat dalam penerbitan filem dan drama  antaranya termasuklah filem dan drama. Antara filem yang pernah diterbitkan beliau ialah “Wayang” arahan Prof. Hatta Azad Khan pada tahun 2008. Beliau juga merupakan pensyarah kanan di Fakulti Teater, Filem dan Animasi serta pensyarah sambilan di Akademi Seni Kebangsaan Malaysia (ASWARA). Sepanjang penglibatan Mazlan Tahir dalam bidang teater, beliau turut menerima beberapa pengiktirafan antaranya beliau pernah terpilih sebagai Tokoh Muda Teater Tanah Air oleh Arkib Negara Malaysia pada tahun 2004 dan Pengarah Teknikal Terbaik sempena Festival Teater Kebangsaan pada 1992 dan 1993. 

Antara karya arahan terbaru beliau ialah Teater Muzikal Destini Anak Bangsa dan mencatat rekod penonton menakjubkan. Teater tersebut dipentaskan di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam. Malah, Mazlan Tahir juga pernah beberapa kali dijemput sebagai panel festival-festival teater yang dianjurkan pelbagai pihak serta mempunyai pengalaman luas sebagai pengendali bengkel-bengkel asas lakonan dan pengarahan teater di Negara ini.

No comments: