Pereka set serta krew sedang bertungkus-lulus membina sebuah istana indah yang akan terletak di atas pentas Dewan Sri Budiman UiTM Shah Alam. Pereka set beserta krew akan menghasilkan sebuah set yang bakal mengagumkan penonton serta mencipta sejarah yang bakal dikenang. Selain itu, mereka juga telah berusaha dengan bersungguh-sungguh tidak kira hari dan waktu bagi mewujudkan sebuah istana yang bakal menjadi tempat tinggal Raden Galo dan keluarganya. Ingin lihat bagaimana hasil kerja keras mereka? Dapatkan tiket anda segera dengan menghubungi nombor yang tertera atau layari facebook.com/teaterradengalo untuk keterangan lanjut.
Sunday, 25 August 2013
LATIHAN TANPA HENTI
Para pelakon dan pengarah beserta krew produksi telah memulakan sesi latihan bagi pementasan Teater Raden Galo sejak awal Jun yang lalu. Latihan ini diadakan bagi mengasah dan memantapkan lagi tahap lakonan mereka sehingga mencapai standart yang diingankan pengarah. Teater arahan Mazlan Tahir ini juga merupakan sebuah kisah sandiwara yang pasti akan menggamit perhatian penonton untuk menyaksikan persembahannya hingga ke penghujung. Para pelakon juga telah dilatih dengan teknik-teknik serta gaya bahasa yang tepat agar kelihatan sempurna semasa hari pementasan. Bagi menyaksikan persembahan mereka, hubungi nombor tertera di bawah untuk menempah tiket.
Tuesday, 20 August 2013
BURUNG KEPODANG HINGGAP DI PEMENTASAN TEATER RADEN GALO
Burung Kepodang
Burung
Kepodang (Oriolus chinensis) adalah burung berkicau yang mempunyai bulu yang indah. Burung Kepodang
cukup sinonim dengan budaya Jawa, khususnya di Jawa Tengah. Burung Kepodang juga
sering dipergunakan dalam tradisi ‘mitoni’ (tradisi tujuh bulan kehamilan). Khabarnya, ibu hamil yang memakan daging burung Kepodang akan
melahirkan anak yang segak dan jelita. Selain
itu, dipercayai sekiranya Burung Kepodang ada di dalam rumah, ia dapat mengelak dari
kebakaran, kemalangan dan diserang ilmu santau. Di dalam pementasan Teater Raden Galo ini, terdapat adegan dimana puteri Raden Galo berebut burung kepodang dengan puteri Galo Ajeng dan mencetuskan pergaduhan diantara mereka. Siapakah yang Berjaya mendapatkan burung kepondang tersebut dan mengapakah mereka ingin memiliki burung kepodang tersebut?
Ayuh saksikan pementasan Teater Raden Galo yang bakal dipentaskan pada 6 - 9 September ini di Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam.
Ayuh saksikan pementasan Teater Raden Galo yang bakal dipentaskan pada 6 - 9 September ini di Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam.
TEATER ARAHAN PENGARAH TERSOHOR
MAZLAN TAHIR
Pengarah Teater Raden Galo, Mazlan Tahir
bukanlah satu nama asing dalam bidang teater di negara ini. Berusia 47
tahun, Mazlan Tahir telah terlibat
dalam bidang seni khususnya teater hampir 30 tahun. Beliau mula melibatkan diri dalam bidang teater dengan bekerja sebagai tenaga produksi kemudiann sebagai pelakon. Antara teater yang pernah beliau bintangi
termasuklah teater “Lantai T. Pinke” arahan Rosminah Tahir pada tahun
1997, teater Muzikal “Mahathir” dan teater Muzikal “Uda dan Dara” pada tahun
2010. Beliau sendiri pernah mengarahkan sebuah teater berjudul Muzikal “Selendang Jiwa”
pada tahun 2004 dan 2010 dan Bangsawan “Alang Buana” pada 2011.
Selain teater, beliau juga terlibat dalam penerbitan filem dan drama antaranya termasuklah filem dan drama. Antara filem yang pernah diterbitkan beliau ialah “Wayang” arahan Prof. Hatta Azad Khan pada tahun 2008. Beliau juga merupakan pensyarah kanan di Fakulti Teater, Filem dan Animasi serta pensyarah sambilan di Akademi Seni Kebangsaan Malaysia (ASWARA). Sepanjang penglibatan Mazlan Tahir dalam bidang teater, beliau turut menerima beberapa pengiktirafan antaranya beliau pernah terpilih sebagai Tokoh Muda Teater Tanah Air oleh Arkib Negara Malaysia pada tahun 2004 dan Pengarah Teknikal Terbaik sempena Festival Teater Kebangsaan pada 1992 dan 1993.
Antara karya arahan terbaru beliau ialah Teater Muzikal Destini Anak Bangsa dan mencatat rekod penonton menakjubkan. Teater tersebut dipentaskan di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam. Malah, Mazlan Tahir juga pernah beberapa kali
dijemput sebagai panel festival-festival teater yang dianjurkan pelbagai pihak
serta mempunyai pengalaman luas sebagai pengendali bengkel-bengkel asas lakonan
dan pengarahan teater di Negara ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)